Kumpulan Spider

Spider merupakan kumpulan rock Malaysia.[1] Mereka dikenali kerana membawakan lagu-lagu pop rock yang mempunyai pengaruh ska. Ditubuhkan pada tahun 1996, Spider pada asalnya terdiri daripada 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam, Nafie, Tony dan Yem. Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal Sifu M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas. Kumpulan ini telah merakamkan 6 album studio.[2] JohorKini telah menyifatkan Spider sebagai "serangga genius dari Johor".[3]

Kumpulan Spider

Berasal dari Johor, Malaysia
Syarikat rakaman Luncai Emas
Ahli Tam - vokal & gitar
Nafie - gitar utama
Aie - dram
Is - bass
Genre
Bekas ahli Tony - bass (meninggal dunia)
Yem - dram
Zul - vokal
Tahun aktif 1996-kini